Posts

Showing posts from December, 2019

KENALI GASTRIK DARI PERINGKAT AWAL

Image
Gastrik ini adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada usus yang tidak dijaga dengan betul. Sekali kena mesti insaf tak nak kena lagi.  Tapi bagaimana mahu elak dari terkena gastrik ini? Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kenali bagaimana gastrik boleh berlaku. Apa itu GASTRIK?  Gastrik ini berlaku apabila dinding permukaan dalaman perut terhakis oleh asid gastrik  yang dihasilkan oleh perut untuk  mencerna makanan.  Ketika kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan,  perut akan merembeskan asid gastrik ini.  Jika tidak terdapat makanan di dalam perut maka asid ini akan menghakis dinding permukaan perut.   Proses ini berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi tipis sehinggalah kita mengalami gastrik  atau gastritis ini.  Apakah PUNCA gastrik?  Makanan pedas - Merangsang lebih banyak perembasan asid perut untuk mencernakannya di dalam perut.  Makanan masam -  Meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut.