TIPS JAGA USUS SECARA SIHAT
Zaman sekarang ramai yang sudah mula untuk menjaga kesihatan tubuh badan, tetapi ramai yang tidak tahu bahagian tubuh badan mana yang perlu difokuskan dahulu.
Kaum wanita berlumba-lumba untuk memastikan kulit mereka sihat dan nampak segar, manakala kaum lelaki pula banyak yang fokuskan pada pembinaan otot pada badan.
Tahukah anda!!
Dengan penjagaan usus yang betul semua keinginan untuk memiliki tubuh badan sihat dan cantik senang untuk diperolehi?
Ini kerana usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap dengan baik daripada pemakanan kita dan menyalurkan kepada tubuh badan yang lain dengan optimal. Usus sihat juga menjamin sistem imum yang sihat dan mencegah beberepa penyakit serius seperti kanser kolon.
7 TIPS LANGKAH PENJAGAAN USUS
Ada tujuh langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
1: MAKAN LEBIH SERAT
Sumber gambar : Google
Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang yang dengan serat. Ianya boleh membantu melembutkan najis dan mencegas daripada sembelit serta mengurangkan simptom gangguan penghadaman seperti buasir dan sindrom iritasi usus.
Anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan oat.
Untuk memulakan pemakanan yang sihat, anda perlu mengambil pemakanan lebih serat ini secara beransur-ansur agar badan anda tidak terkejut dan boleh mengelak masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan makanan tinggi serat.
*Betulkan piramid makanan anda
2: BANYAK MINUM AIR
Sumber gambar : Google
Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit.
Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!.
3: HADKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Sumber gambar : Google
Minuman yang mengandungi kafein
seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4: DAPATKAN PROBIOTIK DAN PREBIOTIK SECUKUPNYA
Sumber gambar : Google
Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.
Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.
Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe.
Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang).
Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.
5: JAUHI MAKANAN BERLEMAK TINGGI
Sumber gambar : Google
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus.
*Elakkan makanan yang diproses
6: BERSENAM
Sumber gambar : Google
Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
7: JANGAN TAHAN MEMBUANG NAJIS
Sumber gambar : Google
Terlalu sering menunda berak akan menyebabkan najis mula mengeras. Najis yang mengeras menjadikan proses membuang tidak lancar, bahkan boleh menyebabkan usus tersumbat. Ada pula yang mengatakan, racun-racun di dalam najis akan diserap kembali ke dalam tubuh sekaligus menyebabkan pening kepala
Selain itu, gemar menahan berak turut berisiko mengharapi penyakit serius seperti masalah jantung, kekejangan bahkan boleh menyebabkan kematian.
Terlalu sering menunda berak akan menyebabkan najis mula mengeras. Najis yang mengeras menjadikan proses membuang tidak lancar, bahkan boleh menyebabkan usus tersumbat. Ada pula yang mengatakan, racun-racun di dalam najis akan diserap kembali ke dalam tubuh sekaligus menyebabkan pening kepala
Selain itu, gemar menahan berak turut berisiko mengharapi penyakit serius seperti masalah jantung, kekejangan bahkan boleh menyebabkan kematian.
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
MYFiber
Minuman berserat tinggi dengan Oligosakarida (prebiotik), Spirulina dan serat daripada pelbagai buah-buahan.
Baik untuk membantu melegakan masalah sembelit dan masalah berkaitan sistem penghadaman yang lain.
Instagram:
Testimony:
Hubungi untuk maklumat lanjut:
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
Sekian๐
Jika info ini berguna, pija izinkan untuk korang share๐
ReplyDelete